Pages

Thursday 1 December 2011

Sharing is Caring... (2)

Salam... :)
Saya nak sambung post yang sebelum ni... saya just nak sharing something yang saya suka. Pasal buku! tapi saya tak boleh nak ceritakan sepenuhnya tentang sipnopsis buku mcm sebelum ni.. Biasalah.. setiap manusia ada mempunyai perasaan malas.. termasuklah saya.. hehe.. lagipun kalau saya ceritakan semuanya sampai habis pasti tak cukup muka surat.. :D

Di bawah ini antara novel yang sangat menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama..
1.



- Nonel Tunas karya Hlovate ini mengisahkan tentang kisah hidup Addin, Benz dan juga Mags7 sebagai pelajar yang nakal. Addin mempunyai kembar yang bernama Addi atau dikenali Kucai, mereka berkomplot untuk menyembunyikan status mereka sebagai anak orang kaya atas sebab tertentu. Mereka juga merahsiakan bahawa mereka adalah kembar sehingga suatu ketika mereka terpaksa memberitahu perkara sebenar. 
2.


- Novel aA+bB adalah sambungan daripada novel Tunas. Pada suatu hari Addi a.k.a Kucai kemalangan dan membuat permintaan agar Addin bersetuju untuk dinikahi dengan Benz. Dan novel ini menceritakan tentang kisah hidup Addin dengan Benz apabila sudah berumah tangga. Sikap keras kepala membuatkan mereka ego untuk mengakui bahawa mereka saling mencintai antara satu sama lain.
3.

- Novel Versus pula mengisahkan kisah tentang ex-skater yang berubah menjadi seseorang yang lebih baik. Sesungguhnya untuk berubah dan melupakan apa yang telah kita lalui itu bukan mudah. Novel Versus juga menceritakan kisah cinta antara ex-skater dan ex-skater iaitu Minn Edina yang dulunya dikenali sebagai Ed'sassin of Wrath dan Ashraf Omar yang dikenali sebagai AO of Bronx.
4.
 -Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Johanna yang menjadi orang gaji. Setelah beberapa lama bekerja di rumah majikannya itu, Johanna semakin rapat dengan Apeh, Nana dan Nina. Bukan itu sahaja, hubungannya dengan lelaki yang dipanggil Along atau nama sebenarnya Afiq itu juga semakin rapat. Dan yang paling mengejutkan mereka adalah orang gaji mereka itu, Johanna bakal jadi Doktor (overseas graduate). Johanna terpaksa meniggalkan mereka untuk keluar negara selama 5 tahun 5 bulan dan dalam diam cintanya terhadap Afiq atau dipanggil Along itu semakin berputik.

Novel-novel karya Hlovate sangat menarik perhatian saya. Saya suka penggunaan bahasanya yang spontan dan kadang kala kelakar. Dan kebanyakkan kisah cinta yang dikarya oleh Hlovate pasti watak utamanya bercinta selepas berkahwin. Benar-benar mengikut peraturan bercinta mengikut Islam. 

Di atas saya ada menyatakan bahawa saya malas untuk menulis sipnopsisnya tetapi saya tulis juga walaupun pendek. Bukan saya ni cakap tak serupa bikin.. bukan.. bukan.. cuma saya rasa post saya akan bertambah bosan kalau tidak ada sedikit cerita.