Pages

Cerita


Hati...

Sifat hati sememangnya begitu. 
Hati tidak pernah tetap pendiriannya. 
Hati juga tidak pernah mahu bekerjasama dengan akal kalau sudah jatuh cinta.
     
     Sarah seorang gadis yang sangat mentaati tuhannya. Seseorang yang beriman lemah lembut dan sifatnya yang terpuji dalam diam telah membuat seorang lelaki jatuh cinta terhadapnya. Lelaki tersebut bernama Adam. Mereka telah berkawan sejak zaman sekolah lagi. Namun begitu, Adam tidak pernah menyatakan rasa cintanya terhadap Sarah. Bagi Sarah pula, dia menganggap Adam seperti abangnya sendiri. Adam tempat dia mengadu, tempat dia berkongsi segala suka dan duka. Hubungan Sarah dan Adam sangat rapat sehingga orang menyangka bahawa mereka adalah adik-beradik.
     Pada suatu hari, Adam bertekad untuk memberitahu Sarah perkara yang sebenar. Tergagap-gagap Adam mengucapkan 3 kalimah cinta itu. Saya cintakan awak. Sarah terkejut bukan kepalang. Adam sukar mentafsir maksud riaksi wajah Sarah. Mahukah dia menerima cinta aku? Mahukah dia menjadi kekasih aku? Allah... Bantulah aku..
     Suasana menjadi sunyi buat seketika. Adam masih menunggu dengan penuh harapan agar Sarah mahu menerimanya. 'maafkan saya Adam..' Sarah hanya membalas  dengan 3 patah perkataan lalu meninggalkan Adam begitu sahaja. Tindakan Sarah itu cukup untuk membuktikan bahawa cintanya telah ditolak. Adam terdiam seribu bahasa.
     Hari demi hari berlalu. Adam cuba menghubungi Sarah tapi semua itu hanya sia-sia. Sarah tidak mahu menemuinya mahupun menghubunginya sejak 'hari' itu. Adam pasrah...
     Minggu demi minggu pula berlalu. Telefon bimbit Sarah senyap tidak berdering. Tiada lagi panggilan telefin daripada Adam. Rasa bersalah mula timbul di hati. Kejamkah aku? mungkin ya... Berdosakah aku? ya... jawab hati lagi. Hanya disebabkan 3 patah perkataan yang Adam ucapkan itu, aku lansung tidak mahu menghubunginya. Bukan apa, aku cuma terkejut dan tidak percaya. Selama ini aku hanya menganggap dia sebagai kawan. Tidak sangka dia mengharapkan lebih daripada itu.
     Sarah menjalani harinya tanpa Adam. Dia berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya. Tapi sampai bila? Dia tiak dapat menafikan lagi. Dia begitu merindui Adam. Rindu sebagai apa? tanya hati.. rindu sebagai kawan.. Betulkah begitu? hatinya menyoal lagi. Ah! hati memang begitu. Sebelum ini hatinya tidak pernah memberi tanda bahawa dia mencintai Adam. Tapi sekarang?  Rindunya terhadap bukan rindu sebagai kawan. Sarah tahu itu tetapi kerana ego-nya yang sebesar gunung, dia berpura-pura seperti tiada apa-apa. 
     Bulan berganti bulan. Senyap tanpa berita. Dimanakah Adam? Sudah lama Sarah mencari dia. Mata ini merindui senyumannya yang menawan itu, telinga ini merindui suaranya yang merdu. Hati? Sesungguhnya hatiku mencintainya. Begitulah sifat hati. Hati tidak pernah mahu bekerjasama dengan akal dalam membuat pilihan. Dahulu, dia sendiri yang menolak cinta Adam. Sekarang dia pula yang mengidamkan cinta daripada lelaki itu.
     Suatu hari Sarah menerima sepucuk surat. Surat yang dikirimkan Adam. Hatinya berasa sungguh gembira hingga tidak terkata. Mungkin tidak lama lagi dia akan dapat berjumpa dengan Adam semula untuk memberitahu bahawa dia juga mencintai lelaki itu. Senyum yang sudah lama hilang dari bibirnya kini sudah kembali. Dia membuka perlahan-lahan sampul surat itu. Dikeluarkan pula isi sampul surat itu lalu dibaca dalam hati.


Assalamualaikum,
     Sarah... Awak apa khabar? Oh.. awak tidak perlu menjawab soalan saya itu. Tidak perlu juga balas surat ini kerana saat awak menerima surat ini, saya sudah tiada di dunia lagi. Saya telah pergi menemui pencipta kita. Saya hanya mengidamkan sedekah Al-Fatihah dan bacaan surah Yaasin daripada awak.
     Sarah.. saya juga mengidamkan kemaafan daripada awak. Maafkan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki.  Sesungguhnya, tiada niat saya menyakiti awak sepanjang kita berkawan selama ini.
     Pasti awak tertanya-tanya kemana saya menghilang selama ini kan? Awak tahu.. saya menghidap penyakit barah otak. Doktor mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat hidup lama. Ibu saya tidak mahu mempercayai kata-kata doktor itu lalu menghantar saya keluar negara untuk mendapatkan rawatan. Surat ini telah saya amanahkan kepada ibu saya supaya menghantarkan surat ini kepada awak selepas seminggu kematian saya nanti. Jika awak menerima surat ini bermakna saya sudah meninggal seminggu yang lalu. Saya cuma tidak mahu melihat awak sedih.
     Saya tahu Sarah tidak pernah mencintai saya. Saya tahu Sarah hanya menganggap saya sebagai seorang abang. Namun saya tetap mahu memberitahu Sarah bahawa saya mencintai Sarah bahawa saya mencintai Sarah sampai bila-bila. Selama-lamanya.
Sekian Terima Kasih.

    
Tidak mampu ditahan lagi, air mata Sarah jatuh bak mutiara. Tapi semuanya sudah berakhir. Tidak! semua ini tipu! Namun begitu Sarah tidak dapat    menyangkal lagi selepas dia meneliti surat itu, dia pasti bahawa tulisan itu sememangnya tulisan Adam. 'Menangislah Sarah! menangislah.. semuanya sudah terlambat! bisik hatinya..
    
Beberapa hari kemudian..
     Sarah hanya berkurung di dalam biliknya. Dibuatnya solat sunat banyak kali agar dapat menenangkannya. Tidak pernah jemu dia memohon kepada Allah agar segala berita itu tidak benar. Tiba-tiba dia berfikir untuk menemui Ibu Adam sendiri untuk meminta kepastian, kalau tidak hatinya tidak akan tenang.
     Keesokan harinya Sarah pergi ke rumah Adam lalu menemui Ibu lelaki yang dicintainya itu.
"kenapa kamu datang ke sini nak? muka kamu terlalu pucat. Ada apa-apa yang boleh makcik bantu?" Tanya Ibu Adam dengan suara yang lemah lembut.
"Makcik.. Adam mana?"
"Nak... kamu masih belum menerima surat daripada Adam?" balas makcik itu dengan penuh sopan santun. Tidak mahu menambah lagi parah di hati Sarah.
    
     Andai aku dapat mengundurkan masa...
     Andai aku dapat bertemu dengannya kembali...
     Andai aku sempat menyatakan 3 kalimah cinta itu...
     Andai aku...

"Semuanya sudah terlambat. Saya telah membuat kesilapan makcik! Kesilapan yang akan saya kesalkan seumur hidup."
"Mengapa kamu kata begitu nak...?"
"Saya tidak sempat memberitahunya bahawa saya sangat mencintai dia... Saya menyayangi dia lebih daripada seorang kawan makcik!" Air mata Sarah tanpa mampu ditahan lagi lalu jatuh mencurah.

Tiba-tiba...
"Betulkah begitu?" suara garau itu tiba-tiba muncul dari arah belakang Sarah. Segera Sarah memalingkan kepala ke belakang. Hampir gugur jantung Sarah melihat lelaki yang tiba-tiba muncul entah dari arah mana. Lelaki itu senyum melihat muka pucat Sarah. Muka pucat sebab rindulah tu.
Badan Sarah kaku. Betulkan ini? hati sukar mempercayainya.
"Adam..." panggil Sarah dengan suara yang tersekat-sekat.
"Ya saya!" Adam sengih nakal. Terkena!
"Alahai anak muda zaman sekarang. Bercinta mengalahkan Romeo dan Juliet!" Ibu Adam menyampuk setelah lama terdiam menyaksikan drama swasta antara anaknya dengan gadis bernama Sarah itu.
     Alahai Ibu! Ibu pun berkomplot juga! bisik hati Adam. Matanya teralih pula ke wajah manis Sarah tetapi pucat itu.
"Surat ni... kenapa Adam buat Sarah macam ni.." air mata Sarah masih mengalir.
"Hah Adam. Jawab dan terangkan semuanya. Semua ini tanggungjawab kamu. Tu lah buat lagi anak dara orang nangis" kata Ibu Adam sebelum menghilang ke dapur. Memberi peluang kepada mereka untuk menyelesaikan masalah itu sendiri. Tugasnya sudah selesa. Adam hanya membalasnya dengan sengih rasa bersalah.
     Lalu Adam menceritakan segalanya. Mengenai surat itu dan mengenai kehilangannya selama ini. Memang benar dia keluar negara tetapi bukan untuk mendapatkan rawatan. Mengenai berita kematiannya itu sengaja direka untuk melihat riaksi Sarah. Jangkaannya selama ini tepat. Pasti Sarah amat merinduinya kerana selama ini mereka tidak pernah berjauhan. Apabila sudah timbul perasaan rindu itu, pasti akan ada pula perasaan lain yang akan menyusul.. Adam tersenyum sendiri.
     Ah! kalau hendak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Rancangannya selama ini sudah berjaya. Akhirnya Sarah telah pun mengaku bahawa dia mencintai Adam lebih daripada seorang kawan. Syukur Alhamdulillah.. Terima Kasih Allah..
     Akhirnya mereka hidup bahagia. Mereka membina sebuah hubungan yang diredhai Allah S.W.T dan menjadi seorang muslim dan muslimah yang sejati sepanjang hidup selagi hayat dikandung badan.

~Sekian Terima Kasih~

No comments:

Post a Comment