Pages

Sunday 27 November 2011

Sharing is caring...

    Tajuk untuk post saya kali ini ialah 'Sharing is Caring'.. tapi sebelum tu saya nak cerita sikit, saya baru bercadang nak delete post cerita yang saya buat tu lepas bagi director baca.. tiba-tiba bila director kata okey aje, saya pun tak jadi nak delete.. apa-apa jelah.. haha.. :D saya rasa cerita tu mcm byk yg kurang.. 

Okey.. sekarang cakap pasal topik.. saya nak bercakap jujur yang saya suka baca novel.. sebab sronok.. tapi bukan semua jenis novel saya suka.. 
Gambar yang di bawah ini antara novel yang paling saya suka..






>> Tajuknya ialah Sutera Bidadari karya Ramlee Awang Murshid.
Cerita Sutera Bidadari adalah sambungan daripada cerita Cinta Sufi.. Saya sangat menyukai watak Laksamana Sunan yang juga dikenali sebagai Saifuddin, seorang pengembara yang menentang kejahatan yang telah lama memesongkan akidah manusia. Sifat Laksaman Sunan yang telah membuat ramai wanita mendambakan cintanya. Namun begitu, Laksamana Sunan tetap menyayangi isterinya Ratna Sang Ratu yang dipercayai sudah lama meninggal dunia.

     Dalam perjalanan untuk menentang Raja Roman yang telah terlalu banyak membunuh serta memesongkan akidah, Laksamana sunan sering diganggu oleh sang dewi dalam mimpinya. Sang Dewi itu ialah seorang manusia yang telah disumpah menjadi seekor binatang buas. Sifat Laksamana Sunan yang sangat taat pada tuhannya berserta sifatnya yang terpuji telah membuatkan ramai manusia yang mengenalinya masuk Islam termasuk Raja Roman yang telah lama berdamping dengan Syaitan. 

     Selepas kematian Raja Roman, Laksamana Sunan pergi pula menentang Vlad The Impaler, antara manusia yang berdampingan dengan syaitan. Dengan ilmu  pertarungan yang beliau ada, akhirnya Vlad The Impaler tewas namun seorang pengikutnya yang bernama Drakul berjaya melepaskan diri. Pada penghujung cerita Sutera Bidadari, Laksamana Sunan dikejutkan bahawa Sang Dewi adalah Isterinya, Ratna Sang Ratu yang disangka sudah lama meninggal dunia. Laksaman Sunan bertekad untuk mencari isterinya yang disumpah oleh Maharani, ibu Ratna Sang Ratu. Pada ketika itu(waktu Maharani menyumpah anaknya sendiri), Maharani sedang dirasuk oleh Syaitan.
     Sampai di sini saja ceritanya. Ceritanya tergantung dan sekarang saya sedang menunggu sambungan cerita Sutera Bidadari ini dikeluarkan. Kalau sambungan cerita ini telah dikeluarkan, Insyaallah saya akan bercerita lagi.. :)

Thursday 24 November 2011

Macam mana??

Assalamualaikum..  :)
    
     Hari ini saya hanya ingin berkongsi rasa pening saya ini...  Bagaimana hendak membuat skrip? Saya diminta untuk menyiapkan skrip cinta... :) Saya suka dan sangat berbesar hati kalau diberi peluang untuk membuat cerita cuma saya kurang tahu bentuk skrip dan formatnya saja.
     
     Agaknya kalu saya buat cerita  dalam bentuk sipnopsis saja bolah tak? haha.. harap tak kisah.. Hmm.. seronok juga blogging ni.. Buat apa saja.. sapa nak peduli.. Oh ya! mungkin akan ada orang cakap bahasa saya di sini skema tahap petala ke lapan. Tapi saya kisah apa..
     
     Saya juga ingin menceritakan rasa kagum saya terhadap sebahagian pelajar yang kreatif membuat video. Kagum saya masa melihat video 'I wish I had you' yang dibuat oleh pelajar Brunei. Mati-mati saya ingatkan mereka hanya cut scene dari mana-mana drama dan editnya menjadi satu video yang baru. Tapi sebenarnya bukan.. mereka sendiri yang membuat video itu.. pelakon, tempat lakonan semua mereka sendiri yang uruskan.. Sekali tengok memang susah nak percaya video tu students yang buat.. Asli! bukan cut scene atau tiru dari mana-mana drama.. Cool...

Wednesday 23 November 2011

Cantiknya bertudung.


     Di sini saya ingin menyatakan pendapat saya tentang bertudung. Bukanlah niat saya untuk mengajar sesiapa kerana diri saya juga banyak kekurangannya. Dan sebelum itu saya ingin memohon maaf jika apa yang saya akan perkatakan nanti akan menyinggung mana-mana pihak. Bukan niat saya begitu.




Cantiknya bertudung...
     Sejuk mata memandang wanita yang bertudung. Berbagai-bagai fesyen yang boleh kita gayakan dengan bertudung. Tapi adakah ia mengikut cara bertudung yang sebenarnya? Kita diperintahkan agar bertudung untuk menutup rambut, leher dan dada. Menutup aurat. Namun cara sebahagian wanita zaman sekarang bertudung agak lain dari yang sepatutnya. 
      Tudung yang terlalu pendek sehingga menampakkan dada, ketat sehingga menampakkan leher, sanggul rambut yang tinggi seperti bonggol unta, dan bentuk tudung seolah-olah bentuk yang dipakai paderi kristian. Saya tidak rasa ini cara bertudung yang sebenarnya. Guru-guru saya di sekolah pun berpendapat begitu. Mereka mengeluh akan cara fesyen bertudung kebanyakkan wanita zaman sekarang yang agak lari dari konsep bertudung yang sebenarnya. Marilah kita renungkan bersama-sama. 
     Saya ulang sekali lagi. Bukanlah niat saya untuk berlagak pandai soal agama atau berlagak seperti orang alim. Saya tahu saya juga banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi saya akan berusaha untuk jadi yang lebih baik dari semalam. Insyaallah.. :)

Tuesday 22 November 2011

Kisah seorang budak yang menentang para pengganas.

     Di sini saya ingin berkongsi sebuah cerita mengenai seorang budak yang berani menentang pengganas-pengganas seorang diri. Kisah ini saya ambil dari sebuah buku yang bertajuk Himpunan kitab-kitab Fadhail Amal. Semoga kita bersama-sama dapat mencontohi sikap berani beliau dalam menegakkan keadilan.  


     

      Pada suatu ketika, sewaktu unta-unta Nabi Muhammad S.A.W dibawa ke Ghabah iaitu sebuah perkampungan kecil terletak empat atau lima batu dari Madinah untuk diberi makan, Rahman Fazari dengan bantuan beberapa orang lain yang tidak mempercayai Islam telah menyerang dan membunuh penjaga unta-unta tersebut dan unta-unta itu dibawa pergi bersama-sama mereka. Salmah Bin Akwah(r.a) secara kebetulan sedang berjalan berhampiran tempat kejadian itu dengan busur dan anak panahnya melihat akan pengganas-pengganas yang semuanya menunggang kuda dan bersenjata.
      Salmah adalah seorang budak yang sangat pantas berlari dan juga seorang pemanah yang cekap.Adalah dikatakan beliau dapat mangalahkan kuda yang paling pantas sekali dalam satu perlumbaan.
      Sebaik sahaja beliau melihat pengganas-pengganas itu, dia segera berlari menaiki sebuah bukit yg berhampiran lalu meneriak ke arah kota Madinah untuk memberi isyarat kecemasan kepada penduduk-penduduk di situ. Kemudian beliau seorang diri mengejar pengganas-pengganas itu. Apabila menghampiri mereka, beliau mula memanah satu demi satu berturut-turut dengan pantas sekali sehingga pengganas-pengganas itu menyangkakan bahawa mereka dikejar oleh bilangan orang yang ramai. Sekiranya salah seorang daripada pengganas-pengganas itu menoleh ke belakang, Salmah akan segera lari bersembunyi sambil terus memanah kepada kuda-kuda pengganas agar melukakannya. Lantaran itu pengganas-pengganas itu terus berundur dengan memacu kuda masing-masing selaju boleh.

     Salmah r.a berkata:
"Aku terus mengejar pengganas-pengganas itu sehinggakan semua unta-unta yang dirampas itu ditinggalkan mereka dibelakang aku. Di samping itu, disebabkan ketakutan yang amat sangat mereka telah meninggalkan 30 bilah lembing dan 30 helai kepunyaan mereka sendiri. SSementara itu, Aimiah bin Hisn(seorang pengganas yang lain) dan gerombolannya telah tiba di tempat itu untuk membantu pengganas-pengganas itu. Apabila mereka telah mengetahui bahawa aku hanya berseorangan, mereka telah bersatu serta membuat kumpulan yang lebih besar lalu mengejar aku. Ini menyebabkan aku terpaksa berlari ke atas sebuah bukit. Sementara mereka menghampiri aku, aku berteriak kepada mereka. 'Berhenti! Dengarlah kata-kataku ini terlebih dahulu. Adakah kamu tahu siapa aku ini? Aku ialah Ibnu Lakwah. Dengan nama Allah yang telah menganugerahkan kemuliaan kepada Muhammad(S.A.W) tiada seorang pun daripada kamu yang dapat mengejar aku sehingga tertangkap. Sebaliknya, sekiranya aku mengejar salah seorang daripada kamu pasti ia akan tidak akan berjaya melepaskan dirinya.' Aku terus berbalah dengan tujuan melekakan mereka kerana aku berfikir bahawa bantuan dari Madinah akan sampai. Oleh itu sambil berbalah, mataku sentiasa mencuri-curi pandang dengan khuatir melalui celah-celah pokok sehingga akhirnya aku ternampak satu kumpulan yang diketuai Akram Asadi(r.a) tiba. Setibanya Akram lalu berhadapan dengan pengganas-pengganas itu beliau juga telah menyerang Abdur Rahman dan memotong satu daripada kaki kuda tunggangannya, menyebabkan Abdur Rahman jatuh ke bumi. Walaupun ia telah jatuh, Abdur Rahman telah menyerang Akram dan membunuh Akram. Setelah itu Abdul Qatadah segera meluru dan berjuang, akhirnya beliau berjaya menghapuskan ketua pengganas itu dan kuda beliau sendiri turut terkorban"
    
     Adalah dicatitkan dalam setengah buku sejarah bahawa apabila Akram hendak menyerang Abdur Rahman, Salmah telah menasihatinya supaya bersabar dahulu menanti semua orang untuk bergabung dan menyerang bersama-sama. Tetapi kata-kata dari Salmah tidak lagi dapat melunturkan azamnya yang sudah tekad.
    
     Akram berkata:
     "Aku tersangat ingin mati sebagai seorang syahid di jalan Allah s.w.t."

     Dalam pertempuran ini bagi pihak Islam hanya Akram(r.a) seorang sahaja yang gugur sedangkan sebilangan besar daripada pengganas-pengganas itu telah terbunuh. Kemudian apabila datang lagi bantuan kepada orang-orang Islam, pengganas-pengganas itu tidak dapat lagi meneruskan perjuangan mereka lalu melarikan diri. Salmah (r.a) memohon kebenaran Nabi(S.A.W) untuk mengejar dengan berkata:
     "wahai Pesuruh Allah! Berikanlah kepada aku seratus orang lelaki untuk mengejar pengganas-pengganas itu agar dapat aku mengejar mereka."
Sebagai menjawab Nabi S.A.W bersabda :
     "Tidak usah kerana mungkin mereka telah sampai kepangkalan mereka."

     Kebanyakan daripada ahli-ahli sejarah berkata bahawa ketika peristiwa ini, Salmah (r.a) hanya berusia 12 atau 13 tahun sahaja. Cubalah kita perhatikan betapa seorang budak yang sebegitu muda dapat mengejar pengganas-pengganas yang ramai berseorang diri sahaja. Beliau telah berjaya memperolehi kembali semua barang rampasan di samping itu sebahagian besar barang-barang pengganas itu diperolehinya juga. Segala kejayaan yang dicapai adalah berpunca dari keikhlasan dan keimanan yang tulen yang mana Allah telah menyelubungi di hati dan jiwa mereka-mereka yang diberkati itu.