Pages

Sunday 27 November 2011

Sharing is caring...

    Tajuk untuk post saya kali ini ialah 'Sharing is Caring'.. tapi sebelum tu saya nak cerita sikit, saya baru bercadang nak delete post cerita yang saya buat tu lepas bagi director baca.. tiba-tiba bila director kata okey aje, saya pun tak jadi nak delete.. apa-apa jelah.. haha.. :D saya rasa cerita tu mcm byk yg kurang.. 

Okey.. sekarang cakap pasal topik.. saya nak bercakap jujur yang saya suka baca novel.. sebab sronok.. tapi bukan semua jenis novel saya suka.. 
Gambar yang di bawah ini antara novel yang paling saya suka..






>> Tajuknya ialah Sutera Bidadari karya Ramlee Awang Murshid.
Cerita Sutera Bidadari adalah sambungan daripada cerita Cinta Sufi.. Saya sangat menyukai watak Laksamana Sunan yang juga dikenali sebagai Saifuddin, seorang pengembara yang menentang kejahatan yang telah lama memesongkan akidah manusia. Sifat Laksaman Sunan yang telah membuat ramai wanita mendambakan cintanya. Namun begitu, Laksamana Sunan tetap menyayangi isterinya Ratna Sang Ratu yang dipercayai sudah lama meninggal dunia.

     Dalam perjalanan untuk menentang Raja Roman yang telah terlalu banyak membunuh serta memesongkan akidah, Laksamana sunan sering diganggu oleh sang dewi dalam mimpinya. Sang Dewi itu ialah seorang manusia yang telah disumpah menjadi seekor binatang buas. Sifat Laksamana Sunan yang sangat taat pada tuhannya berserta sifatnya yang terpuji telah membuatkan ramai manusia yang mengenalinya masuk Islam termasuk Raja Roman yang telah lama berdamping dengan Syaitan. 

     Selepas kematian Raja Roman, Laksamana Sunan pergi pula menentang Vlad The Impaler, antara manusia yang berdampingan dengan syaitan. Dengan ilmu  pertarungan yang beliau ada, akhirnya Vlad The Impaler tewas namun seorang pengikutnya yang bernama Drakul berjaya melepaskan diri. Pada penghujung cerita Sutera Bidadari, Laksamana Sunan dikejutkan bahawa Sang Dewi adalah Isterinya, Ratna Sang Ratu yang disangka sudah lama meninggal dunia. Laksaman Sunan bertekad untuk mencari isterinya yang disumpah oleh Maharani, ibu Ratna Sang Ratu. Pada ketika itu(waktu Maharani menyumpah anaknya sendiri), Maharani sedang dirasuk oleh Syaitan.
     Sampai di sini saja ceritanya. Ceritanya tergantung dan sekarang saya sedang menunggu sambungan cerita Sutera Bidadari ini dikeluarkan. Kalau sambungan cerita ini telah dikeluarkan, Insyaallah saya akan bercerita lagi.. :)

No comments:

Post a Comment