Pages

Wednesday 23 November 2011

Cantiknya bertudung.


     Di sini saya ingin menyatakan pendapat saya tentang bertudung. Bukanlah niat saya untuk mengajar sesiapa kerana diri saya juga banyak kekurangannya. Dan sebelum itu saya ingin memohon maaf jika apa yang saya akan perkatakan nanti akan menyinggung mana-mana pihak. Bukan niat saya begitu.




Cantiknya bertudung...
     Sejuk mata memandang wanita yang bertudung. Berbagai-bagai fesyen yang boleh kita gayakan dengan bertudung. Tapi adakah ia mengikut cara bertudung yang sebenarnya? Kita diperintahkan agar bertudung untuk menutup rambut, leher dan dada. Menutup aurat. Namun cara sebahagian wanita zaman sekarang bertudung agak lain dari yang sepatutnya. 
      Tudung yang terlalu pendek sehingga menampakkan dada, ketat sehingga menampakkan leher, sanggul rambut yang tinggi seperti bonggol unta, dan bentuk tudung seolah-olah bentuk yang dipakai paderi kristian. Saya tidak rasa ini cara bertudung yang sebenarnya. Guru-guru saya di sekolah pun berpendapat begitu. Mereka mengeluh akan cara fesyen bertudung kebanyakkan wanita zaman sekarang yang agak lari dari konsep bertudung yang sebenarnya. Marilah kita renungkan bersama-sama. 
     Saya ulang sekali lagi. Bukanlah niat saya untuk berlagak pandai soal agama atau berlagak seperti orang alim. Saya tahu saya juga banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi saya akan berusaha untuk jadi yang lebih baik dari semalam. Insyaallah.. :)

2 comments:

  1. well done. keep blogging to voice out your opinion and polish your writing skill. skema tahap petala lapan adalah lebih baik dari bahasa yang merosakkan bahasa. hope to read more updates from you ;)

    ReplyDelete
  2. haha.. okay.. thanks cik along.. :)

    ReplyDelete