Pages

Monday 23 January 2012

Sharing is Caring (3)

Assalamualaikum.... :)
ni saya nak sambung bercerita pasal buku-buku yang saya suka.. masuk cuti skolah akhir tahun 2011, saya hampir mati kebosanan sebab tak tahu nak buat apa(tak de la teruk mana pun :D).. so, saya ada beli beberapa buah novel antaranya bertajuk Fiksyen 302 karya Ramlee Awang Murshid.. di bawah ini gambar depan novel yang saya maksudkan..




Saya tertarik dengan cover buku ni.. lain daripada yang lain.. lebih2 lagi sinopsis nyer pun menarik.. pasal pembunuhan.. 


Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah membunuh mangsa2 dgn kejam.. masing2 mlakukannya dgn cara yg hmpir serupa. selesai membunuh, Angka 302 diconteng di dahi mangsa. Selepas itu mereka sendiri menelefon polis.. ketika diberkas, mereka menyerah diri dlm keadaan bogel..


kesemua pembunuh ini sering dihantui Zonan.. Roh jahat yang tak berwajah.. Zonan mempengaruhi minda pembunuh2 ini untuk membunuh mereka yg berkaitan dgn satu kes pembunuhan Zarina satu masa dahulu.. Para pembunuh ini asalnya orang gila yang baru disahkan sembuh.. dan apabila mereka melakukan pembunuhan, mereka terlepas dari hukuman mandatori 302 gantung sampai mati..


Sebenarnya Zonan bukan lah roh jahat.. tetapi sejak pemergian kekasih yang sangat dicintai, dirinya berubah  menjadi seekor makhluk yg sgt kejam selepas kekasihnya bernama Zarina mati dibunuh.. malangnya, pembunuhnya pula dibebaskan.. Zonan seorang manusia yang berjaya menguasai ilmu psikologi dan menggunakannya untuk membalas dendam.. Zonan mempunyai byk watak.. dia(Zonan) seorang pembunuh kejam, asalnya dia seorang lelaki yang bernama Irwansyah kekasih kpd Zarina dan dia adalah Lan Lani yang b'pura2 gila supaya dihantar ke rumah org gila agar dia dpt mempengaruhi fikiran pesakit gila itu untuk melakukan pembunuh..


Haha.. saya yakin mesti org susah nk faham cara saya bercerita.. Tak apa lah.. saya hanya boleh mengatakan bahawa cerita Fiksyen 302 ini sangat menarik.. Bacalah! pasti tak akan rasa rugi :)

1 comment:

  1. yana..aq tag kau.
    http://the-teddy-says.blogspot.com/2012/01/candid-photo-giveaway.html

    ReplyDelete